Manchester City pasukan kuat: Klopp

Football
9 Apr 2022 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Manchester City sebagai sebuah pasukan yang paling susah untuk ditewaskan pada musim ini.

Menurut Klopp, hanya persembahan yang sempurna sahaja dilihat mampu untuk menumbangkan pasukan tersebut sekaligus mencerahkan peluang untuk Liverpool meraih empat trofi pada musim ini.

“Tiada perlawanan dalam bola sepak dunia yang anda boleh bandingkan dengan bermain menentang City kerana mereka bagus dalam hampir semua kawasan. Mereka seolah tiada kelemahan yang ketara.

“Kami tahu perlawanan ini sudah tentu akan sukar, namun kami akan cuba dengan cara apa sekalipun untuk menang pada perlawanan ini,” katanya.

Untuk rekod, sejak tahun 2015, The Reds gagal untuk membawa pulang sebarang ketika bertemu City di Stadium Etihad.

Dalam pada itu, Klopp berkata, beliau tidak melihat perlawanan menentang pasukan kendalian Pep Guardiola sebagai penentu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Jika kami menang ke atas City, saya tidak fikir akan ada orang berpendapat bahawa juara liga musim ini sudah diputuskan.

“Ia kerana semua orang tahu kualiti yang ada pada City untuk bergelar juara liga musim ini.

“Malah kami juga selepas ini akan bertemu pasukan kuat seperti Everton dan Manchester United pada hujung bulan ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved