300 warga kerja agensi, jabatan di Gombak berbuka puasa bersama MB

9 Apr 2022 • 8:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 9 APRIL: Seramai 300 warga kerja pelbagai agensi dan jabatan di daerah ini dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar, hari ini.

Majlis yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini bermula pada jam 6.45 petang tadi.

Pada majlis berkenaan Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada 16 kelab sukan dan kebajikan jabatan.

Antara kelab itu adalah Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jabatan Kerja Raya Gombak, Jabatan Pengairan dan Saliran Gombak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, IPD Ampang Jaya, IPD Gombak dan Angkatan Pertahanan Awam Gombak.

Turut menerima bantuan RM5,000 adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Selayang, Pejabat Agama Islam Gombak, Pejabat Kesihatan Gombak, Jabatan Penerangan Gombak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak dan Pejabat Rela Gombak.

Terdahulu, Amirudin turut meluangkan masa meninjau keadaan di bazar Ramadan Selayang Baru di sini dan turut mengagihkan bubur lambuk serta kurma kepada pengunjung dan peniaga.

Beliau kemudiannya menunaikan solat tarawih di Masjid Jamiatus Solahiah, Sungai Tua di sini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved