
Ucapan terakhir: Sebuah ungkapan, ucapan, syarahan atau kata-kata yang diberikan oleh seseorang sebelum dia meninggalkan dunia atau sesuatu
Berikut merupakan apa yang kami ingin huraikan pada hari ni, di mana ucapan-ucapan terakhir inilah yang memberikan impak pada sesebuah parti politik pada hari ini dan ada juga yang sampai sekarang masih menjadi misteri seperti ucapan terakhir dari Dato’ Onn Jaafar (nanti kami huraikan).
Kali ni, kami lebih fokuskan kepada para pemimpin dan orang berpengaruh di Malaysia saja.

GIF dari Tenor.
1. Dato’ Onn Jaafar: Ucapan yang ada kaitan dengan Freemason
Siapa je tak kenal dengan Dato’ Onn Jaafar ni, bapa kepada Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn. Beliau antara orang terpenting dalam sejarah UMNO.
Sebelum sertai UMNO, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua pada tahun 1946. Pada tahun tersebut, pelbagai wakil dari persatuan Melayu bermesyuarat dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menentang Malayan Union.
Kalau nak tahu, UMNO tertubuh melalui kongres Melayu itu dan Datuk Onn menjadi presiden pertama sejurus dengan itu, Sultan Ibrahim melantik beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946.
Sayangnya Dato’ Onn terhadap UMNO sampaikan beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Johor kerana ingin fokus menjadi Presiden UMNO. Antara sumbangan terbesar beliau ialah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan berjaya menumbangkan Malayan Union.
Keratan akhbar mengenai perletakkan jawatan Dato’ Onn sebagai Menteri Besar Johor. Imej dari katamutiarabijak.info.
Akan tetapi, kerana satu cadangan dari Dato’ Onn iaitu membuka keahlian UMNO kepada bangsa lain dalam satu Majlis Mesyuarat Agung UMNO, menyebabkan ahli majlis menentang dengan cadangan tersebut. Hal ini kerana Kebangsaan Melayu tidak boleh menerima perubahan radikal seperti itu.
Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos 1951, Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO akibat menerima tentangan cadangan beliau membuka keahlian kepada bangsa lain.
Dalam mesyuarat agung tersebut, beliau memberikan ucapan terkahirnya:
“Saya telah berbelas-belas bulan lamanya meminta kepada ahli-ahli UMNO supaya mendedahkan pintunya sebelum pintunya itu ditutup oleh lain-lain orang…”
“Saya telah berasa dan masih lagi berasa iaitu sekatan itu ialah satu langkah yang kelak dibelakang hari akan mencacatkan pendirian UMNO sendiri…”
“Saya tahu, saya mengerti, iaitu apakala saya sebutkan dengan demikian itu, wakil-wakil sekalian tidak menerima fikiran saya itu.”
“Tetapi biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada…”
“…jangan semata-mata menghadapkan pendangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata, iaitu hidup hanyalah di bawah di bawah tempurung sendiri”
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini”
“…mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri…”
“peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri…”
“…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang.”
“Malangnya mulut saya tertutup…
“tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggunggan saya itu…”
“malang saya berkata mulut saya ini tertutup..”
“Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan, saya percaya tiap-tiap orang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdekaan Malaya itu”
“inilah kalinya yang terakhir sekali saya bangun bercakap di hadapan wakil-wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO…’
“Perkataan itu saya tidak mengubahnya”
“Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya…”
— Ucapan terakhir Dato’ Onn Jaafar di Mesyuarat Agung Keenam pada 26 Ogos 1951.
Sampai sekarang masih menjadi persoalan kepada seluruh sejarawan serta seluruh rakyat Malaysia mengenai maksud tersirat dalam ucapan terakhir Dato’ Onn ini. Berdasarkan penulisan-penulisan blog, katanya ada penganalisis sejarah menghuraikan ucapan itu iaitu Dato’ Onn berhasrat keluar UMNO kerana merajuk dengan karenah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan.
Bukan itu saja, orang Melayu pada masa tu menuduh beliau tidak bersungguh-sungguh dalam mencapai kemerdekaan akibat terpengaruh dengan pemerintahan British serta mendapat jelekkan sebagai pengkhianat bangsa.
Kenapa Dato’ Onn dituduh terpengaruh dengan pemerintahan British? Beliau pernah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Terdapat segelintir pengguna internet turut mengatakan bahawa Dato Onn’ ada menyebut tentang Freemason kerana perkataan “…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang.”.
Apa yang menarik perhatian kami di sini ialah beliau ada menyebut tentang peta Tanah Melayu, “peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri…”.
Dalam bahagian ucapan ini, kemungkinan Dato’ Onn Jaafar ingin memberitahu tentang peta Tanah Melayu sebenarnya tak sama dengan apa yang beliau sendiri lihat.
2. Tunku Abdul Rahman: Memberi teguran kepada yang suka lompat masuk UMNO
Pada 22 September 1970, satu tarikh penamat bagi jawatan Perdana Menteri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong baharu iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Imej dari Utusan.
Tercetusnya perletakkan jawatan ini kerana peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwan tersebut telah mengundang pelbagai kritikan ke atas cara kempimpinan Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO.
Ia telah menjadi satu asbab negatif yang telah menjejaskan kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. Secara tak langsung, beliau terpaksa melepaskan jawatan itu.
Walaupun dikutuk kerana cara kempimpinan dalam UMNO, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO lepas beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada 23 Januari 1971.
Persidangan Perhimpunan UMNO yang ke 22, Tunku Abdul Rahman ada memberikan ‘ucapan terakhir‘ yang berbaur ‘UMNO dulu bukanlah UMNO yang sekarang’:
“Tuan Pengerusi,
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ahli-ahli yang berhormat, Dhaif-dhaif dari Sabah dan Sarawak, Tuan-tuan dan Puan-Puan sidang perwakilan sekalian.Pada hari ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan dalam perhimpunan Agung UMNO yang ke 22 ini, adalah sebagai pendirian yang terakhir sebagai Yang Di Pertua UMNO, kerana dalam persidangan perhimpunan Agung ini, yang telah kita taja bersama semenjak 24 tahun yang lalu.
Perhubungan saya dengan UMNO telah bermula semenjak saya mengambil alih pucuk pimpinannya pada 26 Ogos 1951 iaitu kira-kira 20 tahun lamanya. Pendek kata anak-anak yang lahir waktu saya terima jawatan Yang Di Pertua ini, sekarang berumur 20 tahun, dan ada pula rakan –rakan seperjuangan yang telah meninggal dunia dan tidak berada bersama-sama kita lagi. Kita ingat mereka dengan kenang-kenangan selama-lamanya.
Ahli-ahli UMNO pada hari ini terdiri daripada orang-orang dan ahli-ahli yang asal yang telah berjuang dan mendukung UMNO ini semenjak ditubuhkan dan juga daripada orang-orang muda yang baharu masuk dan baharu merangkak-rangkak dalam perjuangan UMNO.
Jika kita kenangkan bahawa negeri ini, negeri yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa keturunan dan berbilang agama dan bilangan kita orang-orang melayu hanya separuh sahaja daripada jumlah penduduknya, maka kita merasa bangga dan megah kerana kita telah berjaya menjadikan agama Islam agama rasmi negara dan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan dan rasmi yang tunggal dalam negara ini.
Di manakah dalam dunia ini sebuah negara yang bercorak demokrasi dapat menikmati taraf kedudukan yang begitu tinggi dan mencapai segala maksud dan cita-cita kebangsaan yang kita idam-idamkan itu.
Saya sedar dalam UMNO pada hari ini ada banyak orang-orang baharu, di antara mereka ialah orang-orang yang bukan asal UMNO dan berhati perut UMNO. Setengah-setengah daripada mereka datang daripada parti lain yang sudah lenyap kerana dasar parti-parti itu tidak dapat sambutan dari orang-orang melayu.
Mereka menyeludup masuk dalam UMNO untuk menumpang kekuatan UMNO. Antara mereka ada yang memuji-muji menteri yang telah kita pecat kerana belot dan durhaka kepada parti. Orang-orang seperti ini saya sifatkan sebagai musuh dalam selimut.
Jaga-jagalah mereka, kerana mereka cuba menjaja lampu baharu untuk mendapatkan lampu lama yang ajaib itu dan dengan mencuri lampu lama yang ajaib ini mereka dapat menguasai parti kita dan seterusnya memegang kuasa dalam negara kita ini.
Sebagai pesanan saya yang terakhir kepada saudara-saudara seperjuangan, janganlah terpedaya atau makan dengan dakyah-dakyah orang yang hendak memecah belahkan parti kita dan menghancurkannya dari luar. Jagalah baik-baik kepada lampu ajaib yang lama itu yang telah memberi hikmat besar selama ini bagi kita dan negara kita.
Ahli-ahli UMNO yang jujur, jika ada apa-apa cadangan yang berfaedah dan baik untuk muslihat rakyat dan negara, maka sampaikanlah cadangan-cadangan itu kepada ketua-ketua UMNO dan janganlah pecahkan UMNO kepada tua dan muda atau baharu dan lama.” — Ucapan terkahir Tunku Abdul Rahman sebelum meninggalkan UMNO, dipetik dari Astro Awani.
Ia mungkin menjadi satu pesanan buat ahli-ahli UMNO dari beliau sebelum meninggalkan pentas dunia politik.
[Bonus]Bung Karno: Pesanan terakhir kepada anak bangsa Indonesia
Oh ya, kami juga ada menjumpai satu pesanan terakhir dari Presiden Pertama Indonesia, Ir. H. Achmad Soekarno atau lebih dikenali sebagai Bung Karno. Beliau antara orang yang memperjuangkan kemerdekaan di Indonesia.
Melalui penubuhan parti pro-kemerdekaan, Partai Nasional Indonesia (PNI), bersama dengan rakan-rakannnya, mereka berjaya memperjuangkan kemerdekaan bagi Indonesia.
Bukan itu saja, Bung Karno juga menghapuskan sistem imperialisme dan kapitalisme kerana ia boleh menghancurkan kehidupan rakyat Indonesia.
Pelbagai pahin manis yang beliau bersama dengan rakannya lalui, sampaikan mereka pernah diintip oleh ejen daripada penjajah Belanda dan dipenjara selama empat tahun.
Usahanya Bung Karno ni sangat memberikan impak kepada seluruh rakyat Indonesia. Beliau juga ada memberikan pesanan terakhir kepada seluruh anak bangsa Indonesia:

