
Kota Kinabalu: Sabah akan mendapat tambahan bekalan elektrik 67 megawatt daripada projek solar berskala besar bernilai RM268 juta yang akan disiapkan pada Jun 2023.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan berkata sebanyak lapan syarikat tempatan yang berjaya dalam proses bidaan telah dipilih untuk melaksanakan projek pembinaan lapan loji tenaga solar di negeri ini.
