Tiada Perbincangan Mengenai Pengecualian Khidmat Tentera BTS

3 Apr 2022 • 1:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Fail AFP

Pegawai pasukan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu melawat Hybe, agensi pengurusan kumpulan K-Pop, BTS, dan tiada perbincangan mengenai isu pengecualian perkhidmatan tentera diadakan pada lawatan itu, lapor Yonhap.

"Tiada perbincangan (pengecualian tentera untuk anggota). Isu itu perlu dibincangan oleh kerajaan baharu di Parlimen," kata ketua jawatankuasa pasukan itu Ahn Cheol-soo kepada pemberita. 

Ahn berkata lawatan itu bertujuan mendapat maklumat apa yang boleh dilakukan oleh pentadbiran baharu untuk menyokong industri hiburan.

Lawatan itu menjadi tumpuan di tengah-tengah spekulasi mengenai isu pengecualian perkhidmatan tentera untuk anggota BTS. 

Semua lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan dikehendaki menyertai perkhidmatan tentera kira-kira dua tahun. Hanya atlet dan pemuzik klasik yang memenangi pingat atau anugerah di peringkat dunia diberikan pengecualian.

Rang undang-undang mengenai selebriti pop lelaki terkemuka dikecualikan untuk perkhidmatan itu bakal dibahaskan di Parlimen.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Korea Selatan dikatakan sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan pengecualian perkhidmatan tentera kepada BTS. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved