Realme Q5 Bakal Dilancarkan Di China Pada 20 April

TechnologyDigital
12 Apr 2022 • 1:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Realme Q memberi tumpuan terhadap peranti yang berharga mesra poket. Variasi terkini untuk siri berkenaan disahkan bakal tiba tidak lama lagi. Melaluinya, Realme Q5 bakal diumumkan di China pada 20 April 2022. Poster pelancaran rasmi turut telah dikongsi, tapi sayangnya tiada sebarang maklumat lanjut mengenai peranti yang dikongsi.

image is not available

Sungguhpun begitu, Realme dijangka hadir dengan sekurang kurangnya dua model berbeza. Ianya terdiri dengan Realme Q5 dan Realme Q5 Pro. Ia berikutan terdapatnya beberapa peranti misteri Realme yang ditemui tersenarai di TEENA. Antaranya seperti peranti dengan kod nama RMX3372 yang dikhabarkan tiba sebagai Realme Q5 Pro dan cip Snapdragon 870. Sementara itu, peranti dengan kod nama RMX3574 pula besar kemungkinan adalah Realme Q5 atau Realme Q5i. Seperti biasa, segala persoalan mengenai hal ini bakal terjawab pada 20 April kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved