
Kota Kinabalu: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kelima Sabah di Ranau yang kini dalam pembinaan dijangka siap pada penghujung 2022, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berharap pembinaan sebuah lagi MRSM dapat membantu menampung permintaan yang amat menggalakkan setiap tahun.
“Setiap tahun kita menerima kira-kira 80,000 permohonan (di seluruh negara), tapi kita kami hanya mampu menampung 8,000 permohonan. Insya-Allah dalam masa terdekat Sabah akan ada satu lagi MRSM,” katanya kepada pemberita semasa program Iftar Perdana Mara Sabah 2022 di Hotel Promenade, di sini, Rabu.
