Kecoh Di Singapura Kejadian Suami Tetak Isteri Di Tempat Awam

15 Apr 2022 • 3:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tetak isteri

Semalam (14 April 2022) kecoh di Singapura apabila seorang lelaki telah menetak seorang wanita yang dipercayai isterinya di 75 Beach Road.

Memetik laporan The Straits Times Singapore, suspek berusia 46 tahun itu telah pun ditahan polis dan didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 41 tahun.

Pihak polis Republik Singapura memaklumkan kes itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan hasil siasatan mendapat suspek telah menggunakan sebilah pisau pemotong.

image is not available

Kejadian itu turut dapat dilihat melalui video yang dirakam orang awam dan ada juga yang cuba menghentikan amukan lelaki terbabit.

Beberapa orang awan telah bertindak membantu mangsa dan menghalang suspek daripada mendatangkan kecederaan lebih parah. Pihak polis ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang membantu mangsa dan menghalang suspek. – Kata Asisten Komisioner, Jeremy Ang.

image is not available

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media