13.5 juta benih ikan, udang dilepaskan di perairan Pahang

5 Apr 2022 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Sebanyak 13.5 juta benih ikan dan udang galah telah dilepaskan di perairan di Pahang dalam tempoh 12 tahun sejak 2010.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, pelepasan benih ikan air tawar dan udang galah itu mampu meningkatkan pendapatan nelayan sehingga tiga kali ganda.

"Tujuan kita (menambah pendapatan nelayan) nelayan apabila ada sumber laut yang banyak untuk mereka jual.

image is not available

"Jadi, sebab itu kita serius untuk melepaskan lebih banyak benih ikan dan udang galah ke sungai di Pahang sepanjang tahun," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Abdullah memaklumkan, selain sungai utama seperti sungai Pahang, sungai Jelai, sungai Bera dan sungai Semantan pelepasan benih ikan turut dilakukan di beberapa tasik semula jadi.

Tambahnya, benih ikan ini dikeluarkan Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Bukit Tinggi, Bentong dan PPA Perlok, Jerantut.

"Saya difahamkan pada tahun lalu kira-kira 2.75 juta benih ikan air tawar pelbagai spesies telah dikeluarkan bagi tujuan pelepasan umum.

"Selain itu, benih percuma juga diberikan kepada penternak akuakultur di seluruh negeri ini oleh PPA Bukit Tinggi dan PPA Perlok," ujarnya.

Menjawab mengenai Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) sebanyak RM250 setiap bulan yang diberikan kepada nelayan, Abdullah berkata seramai 380 nelayan darat sepenuh masa yang berdaftar layak menerima bantuan terbabit.

Katanya, elaun itu selaras usaha kerajaan yang prihatin dengan nasib nelayan di negara ini dan dapat meringankan beban mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved