Aliran trafik lebuh raya utama lancar, tiada kesesakan luar biasa

29 Apr 2022 • 2:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara lancar setakat 12.30 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagaimanapun berlaku sedikit kesesakan di beberapa lokasi susulan kemalangan.

“Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Pulau Pinang dari Juru menuju ke Perai dan trafik juga perlahan di Johor dari Bukit Gambir menuju ke Pagoh arah selatan akibat kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, situasi di plaza tol di lebuh raya utama menuju keluar dari ibu kota juga lancar.

“Setakat ini tiada kesesakan luar biasa di Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak,” katanya.

Bagaimanapun keadaan dijangka berubah petang nanti berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved