Tangisan, Sorakan Iringi Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Singapura

1 Apr 2022 • 9:33 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Orang ramai berkumpul bagi menunggu ketibaan ahli keluarga mereka dari Singapura, tengah malam tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Selepas hampir dua tahun tidak pulang ke tanah air akibat pandemik COVID-19, akhirnya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dapat melepaskan kerinduan bertemu keluarga di Malaysia selepas sempadan dibuka mulai hari ini.

Tangisan dan sorakan kegembiraan mengiringi kepulangan mereka.

Jurufoto Getaran, Azim Abd Rahman merakamkan detik-detik indah itu di tengah malam tadi, berdekatan Tambak Johor.

image is not available
Antara rakyat Malaysia yang berjalan kaki melepasi sempadan Malaysia - Singapura, tengah malam tadi.

image is not available
Selepas hampir 2 tahun tidak bertemu, tangisan mengiringi pertemuan dengan ahli keluarga di Johor.

image is not available
Rakyat Malaysia menanti detik 12 tengah malam untuk melintasi sempadan di Tambak Johor.

image is not available
Seorang lelaki menukar wang di premis penggurup mata wang di Johor Bahru.

image is not available
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April.

image is not available
Suasana di sekitar Bandaraya Johor Bahru yang meriah dengan orang ramai yang berkumpul bagi menunggu ketibaan ahli keluarga mereka dari Singapura.

image is not available
'Welcome back' dan 'selamat kembali ke Malaysia' antara yang dilaungkan mereka yang berkumpul berdekatan Tambak Johor.