Xiaomi Mungkin Tidak Melancarkan Pengganti MIX 4, Tetapi MIX Fold 2 Mungkin Akan Tiba Kelak

TechnologyDigital
5 Apr 2022 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MIX 4 adalah peranti Xiaomi yang cukup menarik. Rekaan yang unik, prestasi yang dahsyat, kemampuan kamera yang memuaskan, pengecasan pantas dan peranti kekal sejuk di tangan kerana sistem penyejukan yang hebat.

Tetapi nampaknya, MIX 4 ini tidak akan ada pengganti tahun ini. Ice Universe mendakwa yang MIX 5 tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Walaupun begitu Xiaomi mungkin akan melancarkan MIX Fold baharu pada tahun ini.

image is not available

MIX Fold adalah peranti dengan skrin boleh-lipat pertama daripada Xiaomi. Ia juga menggunakan ISP tersendiri Surge C1, lensa cecair dan banyak lagi ciri menarik. Ia juga dijual pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing.

MIX Fold 2 akan datang dikatakan akan menggunakan skrin 8.1-inci dan kaca UTG daripada Samsung. Laporan lai menyatakan yang peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, resolusi skrin 2.5K LTPO, kesan lipatan yang kurang dan rekaan serba baharu.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Jun akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved