Bahan kimia cemari dua sungai di Keningau

3 Apr 2022 • 5:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Bariawa dan Pegalan, di sini, dinasihatkan agar tidak menggunakan air tersebut sehingga disahkan selamat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan pencemaran bahan kimia berbahaya susulan satu kemalangan.

Pegawai Daerah Walter Kenson berkata, sebuah treler seberat 10 tan yang membawa damar untuk kegunaan kilang papan lapis terbabas dan terbalik di jalan Kg Bariawa, Keningau-Kimanis, malam Jumaat lepas.