#JUADAH Cubalah Buat Lemang Jagung Sebagai Menu Istimewa Raya Tahun Ini, Mudah Je!

Cooking
28 Apr 2022 • 5:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lemang merupakan makanan wajib ada ketika hari raya Aidilfitiri yang digemari semua. Tapi, korang tahu tak yang lemang pun ada jenis lain iaitu lemang jagung? Orang Perak mesti tahu punya! 

Lemang merupakan sejenis makanan tradisi disukai ramai yang wajib ada terutamanya pada setiap kali hari raya Aidilfitri. Siapa setuju?

Kalau lemang biasa tu memang semua tahu tapi korang pernah dengar tak lemang jagung? Haa, korang kena cuba makan tahun ni. Nak buat sendiri pun senang je, meh sini kami share..

Bahan-bahan yang perlu ada

  • Beras pulut (500g) – Bilas dan toskan
  • Jagung (setengah atau lebih)
  • Santan pekat (100ml) 
  • Air (500ml)
  • Minyak masak (1 sudu besar)
  • Garam (2 sudu besar)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Loyang sebesar 9inci atau lebih
  • Daun pisang

Ini cara-cara untuk membuatnya..

Pertama sekali, korang perlu panaskan pengukus sebelum masukkan semua bahan ke dalam loyang. Lepas tu, hiris jagung dan masukkan sekali.

image is not available

Kukus sehingga pulut masak lebih kurang 30 minit tapi selang 10 minit korang kena buka penutup dan kacau bahan-bahan tadi supaya ia jadi sekata.

image is not available

Tak perlu pun pakai buluh. Bila lemang dah masak tu, cari botol plastik yang dah dipotong tengah dan mampatkan ke dalam botol itu.

image is not available

Keluarkannya perlahan-lahan dan jadilah bentuk seperti pakai buluh. Kemudian, korang gulungkannya guna daun pisang.

image is not available

Lepas gulungkan semua lemang dalam daun pisang tu, korang boleh kukus balik lebih kurang 10 minit.

image is not available

Haa, pastu siap dah dan bolehlah korang makan dengan rendang yang ada. Serius sedap gila lemang jagung ni dan korang kena cuba tau!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.