Nak bayar zakat, wakaf dan sedekah? Gunalah aplikasi Tulus

4 Apr 2022 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan, Tulus Digital iaitu perintis kepada platform Kewangan Sosial Islam digital menyediakan perkhidmatan atas talian bagi pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

Segala urusan pembayaran zakat boleh disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah dan selamat, iaitu hanya di hujung jari.

image is not available

Aplikasi ini membuka ruang dan kemudahan kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pelbagai urusan pembayaran berkaitan amal jariah dengan lebih mudah dan telus.

image is not available

“Selaras dengan visi pendigitalan sektor kewangan khususnya kewangan sosial Islam, Tulus menyediakan inovasi teknologi yang dipandu Maqasid Al-shariah dengan sebuah platform pembayaran beretika yang telus serta mematuhi asas syariah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan selamat.

image is not available

image is not available

“Bagi Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat bagi 11 negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak serta Perlis dan menyasarkan 950,000 pembayar zakat pada Ramadan tahun ini,”katanya.

Aplikasi mudah alih Tulus boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://tulus.app

image is not available