Bayaran Bantuan Bulanan JKM Dikredit Awal Sempena Aidilfitri

19 Apr 2022 • 4:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bayaran bantuan bulanan JKM akan dikreditkan lebih awal bagi membolehkan penerima membuat persediaan sempena Aidilfitri. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Mei 2022 akan dikreditkan lebih awal.

Jurucakap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, ia bagi membolehkan penerima membuat sedikit persediaan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Bantuan tersebut akan dikreditkan kepada penerima mulai 25 April hingga 30 April,” katanya.

Menurut jurucakap itu, bantuan bagi Jun bagaimanapun akan dikreditkan mengikut tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun. - Getaran, 19 April 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved