Kes Covid-19 di Selangor turun bawah 6,000

5 Apr 2022 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jumlah harian kes Covid-19 di Selangor kini menurun kepada 5,791 kes setakat jam 11.59 malam pada Isnin, berbanding 7,613 kes pada Ahad.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan jumlah kes harian pada Isnin tersebut meliputi 7,545 kes komuniti, 38 kes penjara dan 30 kes Import A.

Menurut hantaran berkenaan, mukim Petaling menyumbang kepada jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 1,853 kes.

"Di mukim Petaling, daerah yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi ialah daerah Petaling dengan jumlah kes sebanyak 836 kes, diikuti dengan Damansara (725); Bukit Raja (166); Sungai Buloh (125) termasuk satu kes Import A," katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan mukim kedua yang mencatat kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor iaitu mukim Gombak sebanyak 1,237 kes, diikuti dengan Hulu Langat sejumlah 1,137 kes.

"Mukim Klang mencatatkan jumlah kes Covid-19 sebanyak 874 kes, diikuti dengan Kuala Langat (403); Kuala Selangor (143); Sepang (67); Hulu Selangor (40) dan Sabak Bernam (37)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved