Netizen Kecam Tindakan Emma Maembong Laga Pipi Dengan Alvin Chong, Tak Jaga Batas!

Entertainment
18 Apr 2022 • 4:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
emma maembong

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada memuat naik video yang memaparkan kemesraannya bersama teman baik yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Alvin Chong di Instagram.

Biarpun hanya ingin menunjukkan hubungan rapat mereka yang sudah dibina untuk beberapa tahun, namun reaksi daripada netizen berbeza.

Salah satu momen yang dikongsikan di dalam video itu menampakkan Emma berlaga pipi dengan Alvin.

image is not available

Disebabkan perbuatan mereka berdua melagakan pipi itu, ia telah mendatangkan kecaman dari netizen dan mereka merasakan pelakon-pelakon itu tidak menjaga batasan biarpun Emma sudah bergelar isteri orang.

Rata-rata netizen jika di lihat di dalam ruangan komen hantaran tersebut berasa kurang senang dengan perbuatan mereka itu.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media