Lembah Teknologi Tinggi Automotif Tanjung Malim Bakal Menjadi Hab Kenderaan Elektrik Malaysia

TechnologyDigitalCars
13 Apr 2022 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Teknologi kenderaan elektrik berkembang pesat sekarang dengan operasi bas elektrik telahpun dimulakan di Kuala Lumpur dan beberapa stesen pengecasan pantas dibina oleh Shell. Untuk memastikan industri automotif negara tidak ketinggalan, Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) telah dilancarkan di Tanjung Malim semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

image is not available

Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, AHTV akan menjadi hab pembangunan kenderaan elektrik negara dengan sasaran menjadikannya hab untuk rantau Asia Tenggara. Ia dijangka mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan semasa dibina dan 160,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi kelak.

Proton mempunyai perancangan mengeluarkan kenderaan elektrik sendiri menjelang 2027 tetapi sebelum itu akan menjadi pengedar Smart #1 untuk rantau Asia Tenggara terlebih dahulu.