Vivo Pad tablet pertama jenama itu dilancarkan dengan Snapdragon 870

Digital
13 Apr 2022 • 4:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan telefon Vivo Fold, sebuah tablet turut dilancarkan jenama itu dan ia adalah Vivo Pad. Tablet ini juga dijual dalam pasaran China setakat ini. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB RMB 2,499 (RM 1,526)
  • RAM 8GB + Storan 256GB RMB 2,999 (RM 1,659)

image is not available

Spesifikasi Vivo Pad

Vivo Pad memiliki spesifikasi hampir sama dengan Oppo Pad yang telah dilancarkan terlebih dahulu. Tidaklah mengejutkan kerana kedua-dua jenama ini sangat rapat hubungannya.

image is not available

Di bahagian muka Vivo Pad ada panel IPS sebesar 11" dengan resolusi 2560 x 1600. Panel tersebut juga ada refresh rate setinggi 120Hz kalau-kalau anda perlukannya.

image is not available

Panel paparan menarik itu dilengkapi dengan sistem audio setara hebatnya. Ada dapat konfigurasi kuadspeaker untuk bunyi keliling lebih baik.

image is not available

Atas papan utama, Vivo Pad diperkasa Snapdragon 870 dan dipadankan dengan RAM 8GB beserta storan dalaman sehingga 256GB. Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan sistem operasi berasaskan Android 12.

image is not available

Tablet ini tidak didatangkan dengan stailus di dalam kotak. Tapi pengguna perlu membeli secara berasingan. Papan kekunci juga dijual berasingan dan harga kedua-dua aksesori itu masing-masing adalah RMB 349 (RM 232) dan RMB 599 (RM398).

Bekalan tenaga dibekalkan daripada sistem bateri berkapasiti 8,040mAh dengan blok pengecasan pantas 44W. Vivo memaklumkan yang hayat baterinya boleh pergi sehingga 11 jam.

Bacaan berkaitan