Tular Video Seorang Lelaki Loloskan Diri Dari Penjara Berjaya Ditahan, Enam Lagi Masih Diburu

11 Apr 2022 • 4:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang lelaki berjaya ditahan polis selepas meloloskan diri dari Penjara Jelebu pada petang semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, lelaki berkenaan ditahan di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin.

@utusantvofficial Tujuh lolos dari Penjara Jelebu: Seorang sudah ditahan, enam masih diburu. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Rupanya lelaki berkenaan tidak keseorangan diri, ada enam lagi yang meloloskan diri dan masih lagi diburu dengan menggerakkan bantuan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) dan Jabatan Penjara.

Siasat akan dijalankan dan berkemungkinan terdapat kecuaian sehingga orang tahanan boleh melarikan diri. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan hal ini diminta untuk membantu dengan pergi ke balai polis berhampiran ataupun menelefon di 06-6136222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu 06-6137999.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved