METMalaysia uji siren amaran tsunami di Kelantan pada Ahad

16 Apr 2022 • 9:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 17 April 2022 di dua kawasan di Kelantan.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Ahad berkata, kawasan tersebut adalah Pantai Genting, Tumpat pada jam 9 pagi dan Padan Istiadat, Pantai Irama Bachok pada jam 2 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.

“METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved