Kerajaan Berikan Tol Percuma Untuk Pengguna PLUS Dan LPT Balik Beraya Di Kampung

TechnologyDigitalCars
25 Apr 2022 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas dua tahun beraya secara berjauhan, ramai yang merancang untuk balik kampung pada tahun ini. Selari dengannya, kini kerajaan turut membuat kejutan, dan mengumumkan penawaran tol percuma dan juga diskaun tol untuk pulang beraya.

Tol percuma diberikan melibatkan PLUS dan juga LPT dari 12 tengah malam, 30 April 2022 sehingga 11.59 malam 1 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.

Disamping itu, tol percuma turut diberikan untuk pulang kembali selepas beraya – di PLUS dan juga LPT, bermula 12 tengah malam 7 Mei 2022 hingga 11.59 malam 8 Mei 2022 untuk semua kelas kenderaan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol atara 30% ke 50% akan diberikan pada lebuhraya yang lain.

image is not available

image is not available