KDEBWM rai pengamal media berbuka puasa, jalin kerjasama erat

28 Apr 2022 • 7:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 APRIL: Seramai 57 pengamal media sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, semalam.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata acara itu diadakan bagi menghargai petugas media yang banyak membuat liputan berhubung perkembangan kutipan sampah domestik agensi terbabit.

“Kita mengambil peluang pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berbuka puasa bersama wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera yang dianggap sebagai kawan KDEBWM.

“Kerjasama erat bersama mereka diharap berterusan supaya setiap tindakan yang kita lakukan dapat disalurkan dengan cepat, padat dan efisien oleh media kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, beliau turut menghargai peranan dimainkan pengamal media yang membuat liputan secara adil dan saksama ketika Selangor dilanda banjir pada Disember tahun lalu.

“Apabila media memberi sumber yang tepat, ia dapat mempercepatkan tindakan kita sama ada bantuan, perancangan dan gerak kerja bagi membantu mangsa terjejas ketika itu.

“Malah jika ada masalah di lapangan, mungkin ramai tidak tahu apa yang kita sedang hadapi. Jadi media amat diperlukan untuk maklumkan kepada penduduk supaya mereka tidak gusar,” katanya.

image is not available
Pengamal media mengambil juadah ketika majlis berbuka puasa anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 27 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved