Jawatan Pengerusi Baharu SSM Disandang Azman

15 Apr 2022 • 2:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azman Mohd Yusof - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

image is not available
Alexander Nanta Linggi - Gambar oleh Razak Latif

Beliau membuat pengumuman itu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini

Pelantikan Azman, 56, adalah bagi menggantikan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad yang menyandang jawatan berkenaan bermula 1 April 2020.

Hasnol kini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis berkuat kuasa 30 Mac lalu. - Getaran, 15 April 2022