“Baba Janji Nak Jumpa Tapi..” – Zaki Yamani Jawab Dakwaan Bapa Dihalang Bertemu

12 Apr 2022 • 1:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Anak Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani baru-baru meluahkan rasa rindu ingin menyambut lebaran bersama bapanya.

Menerusi temubual bersama Utusan, Zaki berkata kali terakhir mereka beraya bersama adalah sekitar lapan tahun lalu.

Sebagai seorang anak, dia mestilah rindu namun memahami bapanya kini sudah mempunyai kehidupan dan keluarga baru.

Curi-curi jumpa di sekolah?

Menerusi laporan mStar, Datuk Jamal mendakwa dia dihalang bertemu dengan Zaki Yamani oleh bekas isterinya selepas berpisah. Katanya dia ada berjumpa secara curi-curi di sekolah beberapa tahun lalu.

image is not available

Malah, pada sambutan Aidilfitri tahun lalu mereka sempat bertemu selama setengah jam di rumah seorang kawan.

Zaki Yamani menerusi hantaran terbaru di Instagram bagaimanapun berkata dakwaan bapanya itu tidak benar.

Nafi dakwaan ibu halang berjumpa

Untuk baba kalau boleh berhentilah burukkan mommy sebab bila Zaki sakit dialah yang jaga Zaki, dia yang ada masa Zaki dekat hospital.

Kata penyanyi muda ini lagi, bapanya ada berjanji untuk berjumpa tetapi tak datang. Malah, pesanan Whatsapp dan panggilan telefon daripadanya tidak berbalas.

Dalam hantaran itu, dia memohon bapanya berhenti melibatkan ibunya dalam hal ini dan segera membalas Whatsapp yang dihantar sudah berminggu lamanya.

Kredit: mStar Online | Instagram Zaki Yamani | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article