Lampard mahu pemain berikan aksi terbaik

Football
8 Apr 2022 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Everton, Frank Lampard mahu kesebelasan The Toffees untuk memberikan aksi terbaik dalam usaha mencatatkan kemenangan ketika berdepan Manchester United di Goodison Park pada Sabtu.

Menurut Lampard, setelah skuad kendaliannya itu tumpas 2-3 kepada Burnley Rabu lalu, kesebelasan pemain tidak memiliki pilihan selain perlu menewaskan skuad The Red Devils itu untuk mengelak daripada terjerumus ke zon penyingkiran.

“Pemain diingatkan untuk terus berjuang bagi mencatatkan kemenangan yang diinginkan kerana kita kini berada di ambang zon penyingkiran.

“Saya yakin, kesemua pemain juga faham mengenai perkara itu dan kita masih memiliki sembilan perlawanan bagi meraih sebanyak mungkin mata bagi mengelak tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Oleh itu, semua orang (pemain), perlu memberikan segala-galanya bagi mencatatkan kemenangan dan meraih sebanyak mungkin mata,” katanya.

Untuk rekod, Everton kini berada pada kedudukan ke-17 EPL dengan 25 mata.

Sementara itu Lampard mengharapkan kesebelasan pemain dapat mengikuti perancangan taktikal yang telah disediakannya dalam usaha memastikan kemenangan ketika berdepan United.

Katanya, perancangan berkenaan diharap menjadi dan seterusnya dapat menyuntik semangat pemain untuk mengharungi baki perlawanan akan datang.

“Saya juga berharap pemain dapat memberikan fokus ketika beraksi selain bekerja keras bagi memastikan segala perancangan kita tercapai,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved