Mayat terapung di perairan Pulau Gaya

20 Apr 2022 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Satu mayat lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Gaya, di sini, Selasa.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui sepasukan renjer Taman-Taman Sabah ketika melakukan rondaan rutin di kawasan itu kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu, sepasukan anggota dan pegawai segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat kemudian dibawa dan dihantar ke jabatan forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

“Penemuan mayat itu telah dimaklumkan kepada semua elemen polis termasuk mengesan laporan orang hilang.

“Selain itu, polis juga sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti mayat dan punca kematian,” katanya.

Mohd Zaidi menggesa sesiapa yang kehilangan ahli keluarga tampil ke hadapan sebelum bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.