Celcom Dan Digi Dijangka Selesai Bergabung Pada Pertengahan Kedua 2022

TechnologyDigital
27 Apr 2022 • 10:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Celcom-Digi Gabung

Axiata kini berkongsi mengatakan Celcom dan Digi akan bergabung menjadi satu entiti baharu pada pertengahan kedua 2022 ini.

Ia sekaligus memperlihatkan gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini mengambil masa sedikit lama berbanding perancangan sebelum ini menyasarkan ia akan selesai pada suku kedua 2022 ini.

Dengan latar masa baharu ini, kita mungkin melihat pembentukkan syarikat gabungan Digi dan Celcom antara bulan Julai ke Disember 2022 ini.

image is not available

Seperti biasa, proses gabungan ini masih tertakluk kepada persetujuan pemegang saham kedua-dua syarikat, selain kebenaran pihak berkuasa.

Sebelum ini, pada awal bulan April 2022 ini, Axiata dan Digi turut berkongsi mengatakan mereka sedang mengadakan perbincangan lanjut, dan menjawab beberapa perkara yang disoal SKMM.

View Original Article