Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

27 Apr 2022 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Selasa.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,965,472 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan pada Selasa melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Selasa dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan dua kes, manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved