MB, isteri sertai program masak bubur lambuk

9 Apr 2022 • 2:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 9 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai program memasak bubur lambuk di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Wira Damai di sini, hari ini.

Program Bubur Lambuk Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Tua dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) turut disertai isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Tiba di lokasi kira-kira jam 12.45 tengah hari, Amirudin terlebih dahulu menyampaikan ucapan sempena Ramadan selain berkongsi inisiatif yang dilaksana Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor.

Dalam majlis itu, Amirudin turut menyampaikan bantuan barangan asas dan wang tunai RM100 kepada 30 keluarga berpendapatan rendah (B40) sumbangan Pekawanis.

Beliau kemudiannya melakukan gimik serahan bubur lambuk kepada pimpinan masyarakat sebelum mengacau bubur lambuk bersama sukarelawan PKM, Team Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, MPKK dan Kolej Teknikal Azmida (ATC)

Sebelum pulang, Amirudin menunaikan solat Zuhur di Masjid Annur Wira Damai dan dijadual mengagih bubur lambuk di Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang jam 5 petang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved