Peminat ‘Request’ Tunjuk ‘Tutorial’, Gaya Tudung Izara Aishah Kini Jadi Ikutan Ramai Wanita

29 Apr 2022 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di platform TikTok, selebriti jelita iaitu Izara Aishah ada membuat tutorial hijabnya kerana ingin menunaikan permintaan seorang suami untuk isterinya.

Pada mulanya, si suami ada membuat ciapan di Twitter agar Izara berkongsi cara dirinya memakai tudung kerana si isteri amat mencintai cara gaya tudung selebriti terbabit yang kelihatan sopan.

Biarpun mengakui berasa kekok melakukan tutorial tudung, Izara tetap melakukan ia dan memuat naik video berkenaan di akaun rasmi TikToknya menunjukkan cara pemakaian tudung caranya.

Selepas memuat naik video berkenaan, ia telah meraih perhatian yang amat luar biasa kerana ramai suka melihat cara Izara menunjukkan satu persatu cara memakainya dengan lemah lembut dan cuba sebaik mungkin jelaskan segalanya.

Bukan saja meraih perhatian, malah gayanya bertudung juga kini menjadi viral di platform tersebut dan ramai wanita memuat naik cara mereka mengikuti gaya tudung Izara itu di platform berkenaan.

Sekadar info, video tutorial itu sudah meraih sebanyak 4 juta tontonan di TikTok dan lebih 500 ribu tanda suka diterima daripada peminat serta pengguna TikTok.

image is not available 7 bulan lalu

Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah, Izara Aishah Dipuji Peminat Cantik Ketika Makan Malam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved