Henti guna dua jenama kit ujian COVID-19 ini disebabkan ia tak penuhi standard KKM

12 Apr 2022 • 11:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), satu jabatan di bawah KKM, telah menarik kebenaran bersyarat untuk dua kit ujian kendiri COVID-19 kerana gagal untuk penuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Dua kit yang terlibat adalah:

  1. COVID-19 (SARS-COV-2) Antigen Test Kit (Colloidal Gold)-Saliva hasilan Anhui Deepblue Medical Technology, Co dan diedarkan oleh Innovac Technologu Sdn. Bhd.
  2. Wiz Biotech SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Nasal swab) hasilan Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd. Both dan diedarkan oleh Conan Medical Technology Berhad.

2 kit ini adalah sebahagian daripada 22 kit yang diuji oleh MDA berikutan terdapat aduan daripada orang awam tentangnya.

Makanya, sekiranya anda memiliki mana-mana daripada dua produk yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk tidak menggunakannya kerana mungkin keputusan yang bakal anda terima tidak tepat.

Setakat 8 April 2022, MDA telah meluluskan secara bersyarat 128 jenis kit ujian kendiri COVID-19. Anda dengan mudahnya boleh pastikan kit yang anda beli diperakukan MDA dan tutorial untuk lakukannya telah kami kongsikan.

Menteri KKM telah mengarahkan MDA untuk lakukan ujian berkala keatas kit-kit yang telah menerima kelulusan bersyarat supaya kejituannya dalam mengesan COVID-19 kekal pada paras 99% sepanjang masa.

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved