TH: Kadar bayaran haji untuk B40 naik RM1,000

22 Apr 2022 • 4:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 APRIL: Lembaga Tabung Haji mengumumkan kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 dan RM3,000 bagi pakej muassasah bagi musim haji tahun ini mengikut kategori B40 dan bukan B40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata bagi golongan B40 kadar yang dikenakan adalah 10,980 seorang manakala bagi golongan bukan B40 sebanyak 12,980 seorang

“Buat kali pertama Tabung Haji memperkenalkan bantuan bersasar bagi pakej muassasah iaitu membabitkan golongan B40 dan bukan B40,” mengumumkannya dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Amrin berkata ia adalah berikutan kenaikan kadar Cukai Nilai Tambah (VAT), caj visa haji dan skim perlindungan insurans Covid-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved