Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime

Digital
7 Apr 2022 • 11:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu demi satu pengeluar menyisihkan blok pengecas daripada dikepilkan bersama setiap pembelian telefon baharu. Kali ini kita ada Realme yang telah membuat pengumuman di salah satu saluran rasmi mereka.

image is not available

Menurut Realme, Narzo 50A Prime tidak hadir dengan pengecas di dalam kotak. Ada beberapa sebab kenapa pengeluar itu berbuat demikian dan alasannya hampir sama dengan Apple, Samsung, dan beberapa pengeluar lain.

Menurut Realme, mereka berpendapat yang sudah ada banyak pengecas 10W dimiliki pengguna dan mereka berusaha untuk memacu inisiatif persekitaran mapan.

image is not available

Bukan sahaja mesra persekitaran, Realme turut menambah, penjimatan yang mereka nikmati akan diterjemah kepada prestasi cipset lebih baik dan naik taraf pada panel paparan serta beberapa naik taraf komponen lain supaya harganya lebih kompetitif berbanding telefon sekelas dengannya.

Sebelum anda melenting, produk yang terlibat dengan tindakan tidak menyertakan kepala pengecas setakat ini cumalah Narzo 50A Prime, produk-produk mereka yang lain masih disediakan blok pengecas. Namun, ia tidak bermakna yang Realme tidak akan memperluas langkah ini kepada produk-produk lain pada masa yang akan datang.

image is not available

Spesifikasi Realme Narzo 50A Prime

Pengguna di Malaysia boleh dapatkan Realme Narzo 50A Prime pada harga RM629 (4+64) atau RM679 (4+128).

Ia adalah sebuah telefon 6.6" FHD+ yang diperkasa SoC Unisoc T612. Untuk mengamil gambar, ia ada trikamera belakang dengan kombinasi kamera utama 50MP dan dua kamera 2MP untuk makro dan B&W. Selfie pula diambil dengan kamera 8MP.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 18W. Namun pada halaman senarai apa yang terkandung dalam kotak, memang blok pengecas tidak disertakan.

Sumber: Realme

Bacaan berkaitan