Tiga (3) Cadangan Instrumen Pelaburan Bagi RM10,000 Yang Dikeluarkan Daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Personal Finance
22 Apr 2022 • 9:00 AM MYT
Bidasari Bahashim
Bidasari Bahashim

A blogger who love books, movies, music, food and traveling

image is not available

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mulai 18 April 2022, KWSP secara berperingkat mula memasukkan sejumlah RM10,000 sekaligus ke dalam akaun simpanan mereka yang memohon pengeluaran ini.

Bagi mereka yang sememangnya memerlukan duit ini bagi meneruskan kelangsungan hidup akibat penangan Covid-19 dan juga faktor yang lain, duit ini sudah tentunya akan digunakan untuk bertahan hidup.

Bagi mereka yang mengeluarkan duit KWSP ini untuk melabur di tempat lain bagi mendapatkan pulangan yang lebih berbaloi, den cuba kongsikan cadangan tiga (3) platform yang boleh dipertimbangkan untuk pelaburan duit KWSP RM10,000 ini.

1. Tabung Haji

Ini adalah salah satu cabang pelaburan yang kebiasaannya memberikan pulangan dividen yang tidak kurang menarik walaupun kadang kala tidak begitu tinggi.

Dividen terendah Tabung Haji adalah pada tahun 2018 iaitu sebanyak 1.25%. Dividen tertinggi Tabung Haji adalah pada beberapa tahun awal penubuhannya iaitu pada tahun 1994 hingga 1997, iaitu sebanyak 9.5%.

Walaupun dividen 9.5% tampak seperti tidak lagi akan bertemu, Tabung Haji tetap merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk melabur.

Bagi mereka yang belum berkesempatan mendaftar untuk menunaikan fardu Haji, apa kata tetapkan RM1,300 daripada RM10,000.00 duit KWSP tersebut untuk pendaftaran ini.

Kill two birds with one stone begitu.

Dapat mendaftar untuk menunaikan Haji dan akan dapat dividen di tahun berakhir pelaburan nanti. Bukankah berbaloi?

2. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

ASB merupakan instrumen pelaburan yang sangat sinonim dengan bumiputera sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1990. Pelaburan yang dijamin kerajaan ini sememangnya antara pelaburan yang mempunyai risiko rendah di pasaran.

Berdasarkan rekod, dividen terendah ASB sebanyak 4.25% adalah pada tahun 2020. Dividen ASB tertinggi yang pernah dicatatkan adalah pada tahun 1996 dan 1997 dengan nilai 10.25%.

Sama seperti Tabung Haji, macam tiada harapan untuk pelabur mendapat dividen 10.25% lagi tetapi biarlah lebih baik ada daripada tiada begitu kan?

3. Pelaburan Saham Koperasi Bank

Saham Koperasi Bank Rakyat adalah di antara saham koperasi yang menjadi rebutan ramai kerana nilai dividennya adalah paling tinggi kalau hendak dibandingkan dengan dividen Tabung Haji dan ASB, iaitu di antara 13% hingga 16% pada tahun 2014 hingga 2020.

Den tidak pasti bila kali terakhir Bank Rakyat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki saham koperasinya.

Sementara menunggu peluang untuk mendapatkan saham Koperasi Bank Rakyat muncul kembali, apa kata kita cuba buat penilaian tentang saham Koperasi Co-op Bank Pertama yang dahulunya dikenali sebagai Bank Persatuan. Dividen Koperasi Co-op Bank Pertama pada 2020 adalah 6.0%. Agak menarik bukan?

Korang ada cadangan lain tentang instrumen pelaburan berisiko rendah yang boleh memberikan pulangan yang agak mengujakan?

Boleh sahaja bahagikan RM10,000 kepada beberapa instrumen pelaburan yang telah disiasat dan diteliti dengan sebaiknya.

Banyakkan pembacaan serta buat pertimbangan dan penilaian sebelum memilih platform terbaik untuk pelaburan RM10,000 tersebut ye. Tidak kisah apa pun instrumen pelaburan yang dipilih, yang pasti jangan terjebak atau terperangkap dengan skim cepat kaya atau scammer.

#DidYouKnow / #TahukahAnda / #你知道吗


Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.