Remaja Hilang Lepas Solat Subuh Di Cheras Akhirnya Ditemui Di Kedah

11 May 2022 • 4:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hilang

Ahad lalu (8 Mei 2022) seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, Muhammad Al Muizz Al Mawardi telah dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras.

image is not available

Alhamdulillah anak saya sudah ditemui..

Melihat kepada perkongsian terkini bapa remaja yang hilang, beliau memaklumkan anaknya sudah ditemui di Kedah dan berada dalam keadaan baik.

Al Mawardi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu dan berikhtiar mengesan anaknya itu.

image is not available

Remaja dikesan berada di rumah rakan..

Berdasarkan laporan Ketua Polis Daerah Cheras, Asistern Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, remaja berkenaan dikesan orang awam berada di daerah Pokok Sena di Kedah pada 11 Mei 2022.

image is not available

Bertindak atas maklumat orang awam, pada 11 Mei kira-kira jam 9 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Cheras telah pergi ke Pokok Sena, Kedah dan telah menjumpai remaja tersebut dalam keadaan baik di rumah kawannya.

Hasil pemeriksaan awal mendapati remaja tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui sebab remaja itu boleh berada di tempat tersebut. – Katanya.

Syukur kerana tiada apa-apa perkara tidak diinginkan berlaku. Tentang punca macam mana remaja tu boleh dari Cheras sampai ke Kedah tu biarlah keluarga mereka selesaikan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media