MB hadiri rumah terbuka Aidilfitri negeri di Hulu Langat

17 May 2022 • 8:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HULU LANGAT, 17 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor bagi daerah Hulu Langat malam ini.

Beliau tiba di majlis diadakan di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, dekat sini bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai Ahad lalu hingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Program tersebut membuka tirai kelmarin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor diikuti hari berikutnya di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak, yang dihadiri ribuan pengunjung.