Huawei Sound Joy Berharga RM699 Di Malaysia

TechnologyDigital
31 May 2022 • 4:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sekiranya anda mencari pembesar suara pintar baharu mungkin boleh mendapatkan Huawei Sound Joy. Ia dijual di Malaysia pada RM699 dan ketersediaan adalah bermula 6 Jun 2022. Bersempena pengenalan ini, Huawei turut hadir dengan tawaran menarik masa terhad, di mana anda boleh mendapatkan dua unit Huawei Sound Joy pada RM999. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk setiap pembelian yang dibuat pada 6 – 30 Jun 2022 sahaja.

image is not available

Huawei Sound Joy hadir dengan rekaan yang padat menerusi tubuh berbentuk silinder bersama tekstur seumpama baldu. Ia menggunakan 4 pembesar suara yang dibangunkan dengan kerjasama Divialet. Dalam masa sama, ia juga menjalankan HarmonyOS bersama-sama dengannya, selain turut melepasi piawaian IP67 sehingga boleh direndam dalam air sedalam 1 meter sehingga 30 minit.

image is not available

image is not available

Bateri 8,800mAh yang digunakan pula mampu menyajikan ketahanan sehingga 26 jam lamanya, kemudian ia boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan bluetooth 5.2, NFC, sokongan pembantu maya dan sebagainya. Terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu Obisidian Black dan Spruce Green.