Siri iPod Touch dikuburkan Apple, dapatkan sementara stok masih ada

Digital
11 May 2022 • 9:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kali terakhir iPod Touch dilancarkan adalah generasi ke-7 dalam tahun 2019. Pemain media poket ini menggunakan SoC sama seperti siri iPhone 7. Apple hari ini secara rasminya mengumumkan menghentikan gajet poket yang berusia lebih 20 tahun ini dan sesiapa yang berminat untuk dapatkannya sementara stok masih ada.

image is not available

Untuk gajet yang berusia memasuki tahun ke-3, harganya bukanlah murah pun. Harganya adalah seperti berikut:

  • iPod Touch 7 32GB RM899
  • iPod Touch 7 128GB RM1,349
  • iPod Touch 7 256GB RM1,799

Spesifikasi iPod Touch 7

Gajet ini agak kompak. Ia ada paparan 4" dengan resolusi tak sampai HD+ pun. Memang jelas ia ditujukan untuk pengguna melayani kandungan audio berbanding video.

Namun disebabkan ia masih sebuah peranti pintar, ia menjalankan sistem operasi iOS dan mampu melakukan kerja-kerja iPhone, sebahagian besarnya.

Ia ada kamera belakang 8MP dan kamera selfie 1.2MP. Capaian Internet dilakukan melalui Wi-Fi 5 dan ia ada Bluetooth 4.1 untuk ditambat pada kelengkapan audio tanpa wayar anda.

Sumber: Apple