(VIDEO) “Seriklah Tengok” – Selalu Malas Bersihkan Maskara, Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri

EntertainmentBeauty
10 May 2022 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Alat solek merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan para wanita. Tidak dinafikan pemakaian alat solek dapat meningkatkan keyakinan seseorang wanita itu.

Namun, pemakian alat solek kadang-kala menjadi sesuatu yang sulit untuk dibersihkan selepas memakainya oleh kerana kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut kalis air atau waterproof.

Begitu juga yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Ria yang berkongsi hantaran video yang tular baru-baru ini.

image is not available

Malas betul nak bersihkan maskara, biar je lah nanti hilang sendiri..

Difahamkan, dia yang mengakui sering malas untuk membersihkan alat solek mata iaitu maskara akhirnya memakan diri apabila matanya mula bertukar merah dan berasa sangat gatal.

Menerusi video tersebut, dilihat sisa-sisa maskara tersebut telah termasuk dan tertinggal di dalam bola matanya sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik bagi membersihkan matanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan pengalaman ngeri yang dikongsikan gadis itu kerana ramai yang mengakui mempunyai tabiat sama malas untuk membersihkan alat solek.

Setelah melihat video ini saya akan membersihkan maskara saya. – Netizen.

“Masalahnya susah nak bersihkan walaupun dah pakai micelar water,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO) “Wajib Ganti..” - ‘Parents’ Beli Barang Keperluan Bayi Pakai Duit Raya Undang Perdebatan Netizen

View Original Article