Kecoh! Satu Patung Berhala Berwarna Biru Berada Di Tengah Padang Pasir!

Art
31 May 2022 • 2:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kecoh baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat satu patung berhala berwarna biru di tengah-tengah padang pasir Al Ula, lokasi yang dikatakan terbinanya Kota Neom.

image is not available

Akibat dari posting tersebut, ramai netizen khususnya muslim melemparkan kata-kata kecaman.

Untuk pengetahuan anda, patung biru yang menggambarkan seorang wanita sedang duduk bertapa di tengah-tengah padang pasir ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pameran seni kontemporari Desert X yang diadakan di Lembah Coachella, Al Ula.

image is not available

Menurut laporan Emirates Woman, acara ini berlangsung pada Mac tahun 2020 dan disertai oleh artis daripada pelbagai latar belakang.

Patung berwarna biru ini dihasilkan oleh artis dari Amerika yang bernama Lita Albuquerque. Beliau menamakan karya patung berwarna biru ini dengan nama NAJMA yang bermaksud bintang dalam bahasa Arab dengan frasa ‘dia meletakkan seribu matahari di atas lapisan telus angkasa.

image is not available

Ketika diminta untuk mengulas mengapa beliau memilih warna biru, Lita memberitahu bahawa biru adalah simbol kepada lautan Mediterranean yang luas dan mewakili seni bina bandar Sidi Bou Said tempat di mana dia dibesarkan. Ia juga mewakili hubungan di antara langit dan bumi.

image is not available

Selain patung warna biru yang dibina oleh Lita, ada juga beberapa pameran arca lain yang dipaparkan di sana pada masa itu. Lain kali, check dulu sumber. Pastikan sahih baru kongsi!

Sumber: The Vocket