Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak? Ini 7 Tips Bijak 'Beranakkan' Duit Raya Tu!

11 May 2022 • 12:20 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, ramai yang berkongsi pengalaman mereka mengenai kutipan duit raya yang diterima anak-anak selepas rancak membuat tradisi ziarah-menziarahi ke rumah sanak-saudara dan kenalan rapat.

Malah viral di media sosial apabila dikatakan duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal sehingga mencecah RM14,020!

image is not available

Sehinggakan netizen bergurau bahawa kutipan duit raya bayi berusia 3 bulan itu lebih banyak berbanding jumlah pengeluaran khas KWSP yang bernilai RM10,000 sahaja. Hehehe...

image is not available

Jika anak yang diberikan duit raya itu masih terlalu kecil, ibu bapa yang memegang amanah untuk menyimpan wang tersebut.

Selain menabung, seorang pengguna laman sosial Facebook telah berkongsi 7 tips bijak menyimpan duit raya demi 'pelaburan' dan pulangan yang lebih lumayan untuk masa depan mereka.

image is not available

1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.

2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak contoh RM30 sebulan (RM1 sehari).

3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.

4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.

5) Selepas 17 tahun perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

- Nilai prinsipal: RM6,220 Nilai dividen: RM4,706 Jumlah simpanan: RM10,926

6) Ini tidak termasuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati. Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.