Lembaga Koko Malaysia lancar Pelan Strategik 5 tahun

26 May 2022 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia (PSLKM) 2021-2025 dilancarkan di sini pada Rabu bagi memastikan hala tuju pembangunan industri koko dapat dicapai melalui pelaksanaan projek yang telah dirancang dan didokumentasikan untuk lima tahun seterusnya.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Rahimah Majid berkata pelan strategik itu dirancang dan disediakan selaras dengan Dasar Pertanian Negara 2021-2030 (DAKN2030) yang digubal oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Terdapat lima teras dalam dasar ini iaitu kemampanan, produktiviti, penciptaan nilai, pembangunan pasaran dan keterangkuman.