Shopee rancakkan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022, rebut baucar diskaun untuk tawaran lebih lumayan

20 May 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022

SEMPENA Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0, Shopee tidak ketinggalan mempromosikan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022.

Sudah tentunya menjelang fasa endemik Covid-19, kerajaan berusaha untuk memulihkan semula industri pelancongan di negara ini.

Justeru, sebanyak 16 destinasi travel disyorkan oleh Shopee yang mana mempunyai keistimewaan tersendiri.

image is not available

Lagi menarik, baucar bernilai RM100 dengan setiap pembelian pakej pelancongan minimum RM200 wajib direbut sekali gus merancakkan lagi trip percutian kalian.

Antara tempat berlibur yang dicadangkan seperti Pulau Langkawi, Kedah.

image is not available

Bagi mereka yang merancang untuk percutian penuh bermakna bersama keluarga, apa kata pertimbangkan pakej 3 hari 2 malam di Perlis.

Pakej full board bernilai RM819 selepas diskaun sebanyak 11 peratus itu memang berbaloi kerana lengkap dengan makan minum dan hotel.

Jika memilih untuk bercuti ke Pulau Mutiara Pulau Pinang, banyak pakej ditawarkan bermula serendah RM200 hingga RM599.

image is not available

image is not available

Tepuk dada, tanya selera. Rambang mata dibuatnya kerana pelbagai tawaran menarik menanti kalian.

Shopee juga menawarkan carian destinasi pelancongan mudah bagi setiap negeri.

Jadi, tidak perlu bersusah payah kerana senarai lokasi disusun mengikut bajet.

Apa tunggu lagi? Cepat 'usha' pilihan berlibur pada harga lebih rendah.

image is not available

Rancang percutian melalui kalendar yang dipaparkan Shopee kerana banyak cuti umum jatuh pada hari Isnin.

Sebelum itu, Shopee juga menawarkan ciri Shopee Pay untuk menempah pakej bercuti.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja hanya dengan klik Shop Malaysia pada aplikasi Shopee, kemudian klik banner Jom Cuti-Cuti Malaysia.

image is not available

image is not available

Pilih destinasi idaman sebelum menebus baucar diskaun untuk mendapatkan lebih banyak potongan harga.

Jangan lupa untuk memilih pakej terbaik buat kalian dan tebus baucar bernilai RM100 sebelum check out.

image is not available

Barangkali inilah masanya untuk bercuti panjang dengan hati tenang.

Pun begitu, jangan lupa ya wabak Covid-19 masih ada di sekeliling kita.

Amalkan pencegahan kendiri supaya kita sama-sama dapat memutuskan jangkitan wabak korona virus.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI