Realme Bakal Mengasingkan Narzo Sebagai Jenama Tersendiri

TechnologyDigital
17 May 2022 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menurut Realme, siri Narzo diiklankan sebagai peranti yang memfokuskan terhadap permus tetapi ditawarkan pada harga yang berpatutan. Sehingga kini, terdapat beberapa siri yang telah diperkenalkan yang terdiri dengan Realme Narzo 10, Realme Narzo 20, Realme Narzo 30 dan Realme Narzo 50.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme kini memberi bayangan yang mana siri Narzo berkemungkinan diasingkan sebagai penawaran yang berasingan. Pada saat ini, Realme sedang aktif mempromosikan produk akan datang mereka iaitu Realme Narzo 50 Pro 5G.

image is not available

Apa yang menarik, salah satu perkongsian tersebut memperlihatkan pautan laman Facebook untuk siri Narzo. Pada masa sama, Realme turut mengatakan orang ramai boleh ke laman berkenaan untuk ketahui lebih banyak informasi mengenai peranti di bawah siri berkenaan.

image is not available

Hal ini seterusnya meninggalkan tanda tanya, sekaligus memberi bayangan tentang perancangan Realme untuk mengasingkan Narzo sebagai jenama tersendiri. Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Realme mengenainya setakat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.