Coway Kini Menghasilkan Penapis Udara Dengan Pengecas Nirwayar

TechnologyDigital
10 May 2022 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di Malaysia jenama Coway terkenal dengan penapis udara sebelum kini mengembangkan penawaran kepada tilam, penapis udara dan juga mesin pendingin hawa. Dengan kebersihan udara masih lagi menjadi isu dalam dunia endemik, Coway Airmega Icon dilancarkan sebagai penapis udara bergaya untuk digunakan di rumah.

image is not available

Dengan penapis HEPA, Airmega Icon boleh menapis sehingga 99.9% partikel berbahaya dan juga hama. Penapis karbon pula menyerap sebarang bau busuk dan juga gas nitrus oksida. Lampu di bahagian atas menunjukkan kualiti udara di rumah. Merah apabila bahaya, kuning untuk tidak sihat, hijau untuk sederhana dan biru untuk kualiti udara baik.

Yang menjadikan penapis udara ini menarik ialah pada bahagian atasnya terdapat pad pengecas peranti secara nirwayar yang menyokong format Qi. Menerusi aplikasi telefon pintar, lampu pada penapis boleh diubah mengikut mood pemilik.

image is not available

Airmega Icon direka untuk membersihkan udara dalam kawasan sehingga 649 kaki persegi. Dengan rekaannya yang bergaya, ia tidak akan kelihatan seperti mesin penapis udara lain tetapi sebahagian daripada perabot di rumah. Pada waktu ini Coway Airmega Icon dijual pada harga $649 (~RM2844) sebuah.