Terjatuh Dari Jejantas Sekolah, Pelajar Tingkatan 2 Alami Patah Pinggang

30 May 2022 • 5:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelajar tingkatan dua mengalami patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas di sekolahnya setinggi kira-kira 10 meter.

Menurut laporan Utusan, mangsa yang berusia 14 tahun melalui jejantas berkenaan kira-kira pukul 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.

image is not available

Mangsa terjatuh ke jalan raya.

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan siasatan terperinci masih dilakukan dan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

image is not available

Susulan kejadian, mangsa mengalami patah pinggang dan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

Tempah Penari Separuh B*gel Sempena Rumah Terbuka, Instafamous 'Dicekup' Polis