Kolam takungan dijangka selesai masalah air di Kelantan

11 May 2022 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Pembinaan kolam takungan air di Machang dijangka mampu menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, projek tersebut sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

"Menerusi projek ini, sebuah kolam takungan yang besar akan dibina. Secara tidak langsung, menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh Kelantan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, pada Rabu.

Menurut Mohd Amar, jika tiada halangan projek pembinaan takungan itu akan dimulakan pada tahun ini memandangkan pelan pembinaan projek tersebut telah siap sedia.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu, langkah penyelesaian berkaitan masalah air itu telah dibincangkan sejak dua tahun lalu.

"Pada waktu itu tiada pesetujuan berjaya dicapai daripada pihak kementerian (KASA).

"Tetapi hasil pertemuan dan perbincangan yang telah dibuat bersama KASA secara dasarnya mereka (KASA) bersetuju untuk membina kolam takungan tersebut," kata beliau.

Menurutnya, nilai pembinaan projek tersebut telah dikenal pasti dan perkara itu dipanjangkan ke dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata, pengumuman mengenai projek tersebut akan dibuat dalam masa terdekat dan ini merupakan usaha untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

"Kerajaan negeri sudah banyak bagi cadangan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), " katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved