Petugas Jabatan Ukur Dan Pemetaan melakukan cerapan bagi melihat anak bulan Syawal di PICC Putrajaya semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Tidak ramai menyangka hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022. Ramai yang kelam kabut membuat persiapan kerana menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei.
Namun itulah perancangan Yang Maha Esa. Selepas dua tahun 'dikurung' dek penangan COVID-19, tahun ini rakyat Malaysia bebas untuk berhari raya.
Lebih-lebih lagi selepas kerajaan memberikan kelonggaran setelah negara memasuki fasa endemik, sekali gus membolehkan umat Islam meraikan hari raya dengan lebih gembira dan selesa tanpa batasan.
Mungkin ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang berbusana Melayu bewarna ungu mengumumkan pengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia jatuh pada 2 Mei, hari ini, ramai terpaku dan masih terkejut.
Di rantau ini, Malaysia akan menyambut Aidilfitri bersama-sama Brunei dan juga Indonesia, manakala Singapura hanya akan menyambut ketibaan Syawal esok.
Jurufoto Getaran, AZIM RAHMAN dan NOOREEZA HASHIM merakamkan aktiviti mencerap anak bulan Syawal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam semalam. - Getaran, 2 Mei 2022
Petugas Jabatan Ukur Dan Pemetaan membuat perbezaan cerapan anak bulan Syawal di PICC. - Gambar oleh Azim Rahman
Pengunjung ke Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam turut diberi peluang melihat proses cerapan semalam. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya. - Gambar oleh Azim Rahman
Pelbagai kaedah digunakan bagi mencerap anak bulan Syawal oleh mereka yang pakar. - Gambar oleh Azim Rahman
Proses mencerap di PICC merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). - Gambar oleh Azim Rahman
Cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara petang semalam. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Wakil dari setiap agensi terlibat dalam proses cerapan anak bulan Syawal diberi peluang menyertai proses tersebut di PICC, Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekali gus 1 Syawal diisytiharkan hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman